Saturday 29 August 2015

Proses kejadian Matahari dan Orbit dari sudut pandangan Al-Quran
E-FOLIO


NAMA : 1)MUHAMMAD HASIF BIN SAPIEE
             : 2)MUHAMMAD NAIM BIN HAMZAH
             : 3)MOHAMMAD A'LIFF NAJIMI BIN MOHD GHAZALI
             :4) KHAIRUL AMRI BIN MOHD RAPI
NO.MATRIK :  1)13DKM14F2030
                        : 2)13DKM14F2036
                        : 3)13DKM14F2008
                        : 4)13DKM14F2012

TAJUK : PROSES KEJADIAN MATAHARI DAN ORBIT DARI SUDUT PANDANGAN AL-QURAN

PROGRAM : DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL AM

SESI : JUN 2015

NAMA PENSYARAH : TUAN MOHD ZAHARI BIN YUSOFF

JABATAN : JKMA


Penghargaan

Assalamualaikum,

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan folio kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Proses kejadian Matahari dan Orbit dari sudut pandangan al-Qur’an”. Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek  “Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (DUA2012 )”.
Kami juga inginmengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Zahari Bin Yusoff selaku pensyarah Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam, yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu kami menyiapkan e-folio ini.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Politeknik PSMZA atas kemudahan yang telah disediakan kepada para pensyarah seperti kemudahan pusat sumber bagi mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan tugasan dan kemudahan Wifi bagi memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dangan e-folio ini.
 Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan kami atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan serta sepanjang kami menyiapkan e-folio ini.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam menyalurkan pandangan dan maklumat yang sepanjang kami menyiapkan e-folio ini.


PENGENALAN

Peredaran planet bumi dalam orbitnya mengelilingi matahari menunjukan bahawa alam ini dan seluruh isinya bergerak dalam paksinya mengikut yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Menurut fakta sains, planet Bumi ini berpusing atas paksinya satu pusingan dalam masa 24 jam dan dalam pada masa yang sama, planet bumi bergerak menurut orbit berpusing mengelilingi matahari.
          Tiap-tiap satu pusingan orbitnya, Bumi mengambil masa lebih kurang 365 hari dan 6 jam dan bergerak sejauh 585 juta batu iaitu beredar lebih kurang 18.5 batu sesaat atau 66,600 batu sejam. Ia merupakan 30 kali ganda lebih pantas dari kelajuan pergerakan peluru.
          Kejadian matahari juga terbukti di dalam al-quran bahawa matahari adalah sebuah bintang yang jaraknya dengan bumi lebih kurang 148.8 juta kilometer dengan diameternya 1.4 juta kilometer. Matahari juga adalah sebuah bintang yang sederhana dan mengeluarkan tenaga dalam bentuk haba dan cahaya. Penghasilan tenaga ini disebabkan berlakunya perlanggaran nucleus hydrogen antara satu sama lain.
          Proses ini menyebabkan lahirnya beberapa lapisan matahari iaitu koroma,kromosfera dan  fotosfera. Koroma merupakan lapisan matahari yang paling luar mengandungi gas panas suhunya dianggarkan 22 juta darjah celcius. Lapisan kromosfera pula terletak di bawah koroma. Pada bahagian ini berlaku letupan gas panas yang memancutkan hydrogen panas sehingga 10,000km. Manakala, fotosfera mempunyai suhu purata sehingga 6000 darjah.
          Matahari berputar pada paksinya mengambil masa kira-kira 25 hari untuk melengkapi satu pusingan. Pergerakan kedua ialah beredar mengelilingi galaksi selaju 786,000 kilometer sejam dengan mengambil masa 225 juta tahun untuk satu revolusi. Matahari juga merupakan satu jisim haba dan cahaya seperti mana yang digambarkan dalam Surah Yunus ayat 5 yang bermaksud :
“Dialah yang menjadikan matahari bersinar (nur),bulan bercahaya (Dhiya’) dan menerbitkan orbit (manzilah).
                                                                   -Surah Yunus, ayat 5


Proses kejadian matahari dan orbit dari sudut pandangan Al-Quran.


Secara umumnya, apabila kita berbincang mengenai orbit bumi dan objek-objek di langit, ayat-ayat Al-Quran nampak seolah-olahnya memfokuskan mengenai satu aspek saja, iaitu mengenai putaran objek-objek ini di atas paksinya. Adakah ini menunjukkan bahawa tidak wujudnya putaran dalam bentuk lain bagi objek-objek ini?
Walhalnya, di dalam al-Quran terdapat ayat yang menyatakan mengenai putaran yang berbeza. Ayat ini telah tertulis di dalam surah Yasin ayat 38, bahawa Allah S.W.T menyatakan,

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

Maksudnya: "Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar). Demikianlah yang ditentukan oleh yang Maha Berkuasa lagi Maha mengetahui."



     Perkataan yang penting dalam ayat ini ialah tajri dan mustaqar. Tajri bermaksud berlari manakala mustaqar bermaksud tempat tujuan, perhentian atau tempat menetap. Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mentafsirkan ayat ini dengan berkata, "(Antara tanda kekuasaan Allah adalah) matahari bergerak menuju ke tempat menetap baginya." Sekiranya ayat sebelum ini menyatakan matahari 'berenang atau bergerak dalam bulatannya', ayat ini pula menyatakan matahari 'berlari menuju ke tempat perhentiannya'. Justeru ayat pertama membicarakan mengenai putaran di atas paksi manakala ayat kedua membicarakan mengenai putaran (orbit) yang berbeza.

     Penemuan semasa mengesahkan matahari, di samping bergerak di atas paksinya yang mengambil masa 25 hari bagi melengkapkan satu putaran, ia juga bergerak mengelilingi galaksinya yang bernama Bimasakti. Para saintis mengesahkan matahari bergerak mengelilingi bahagian tengah atau dikenali sebagai nucleus. Galaksi ini bergerak dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Ini bermakna ia mengambil masa lebih kurang 225 juta bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi bahagian nukleus galaksi ini. Selain itu, dalam surah yasin, ayat 38 ini mensyariatkan objek-objek di langit (termasuk bumi) di samping berputar di atas paksinya, ia juga beredar mengelilingi pusat (nukleus) galaksinya mengikut ketetapan Allah s.w.t seperti yang berlaku kepada matahri. Ini sudah memadai bagi merangsang umat Islam supaya terus mengkaji rahsia kejadian alam termasuk yang berkaitan dengan putaran dan peredaran objek-objek di langit.

Jangka Hayat Matahari
            Matahari adalah sebuah bintang. Proses nuklear yang berlaku dalam matahari melahirkan cahaya matahari. Cahaya ini diibaratkan seperti nadi kehidupan bagi bumi kerana hampir semua jenis kehidupan di bumi ini memerlukannya dan memanfaatkannya melalui proses fotosintesis.

            Walaubagaimanapun matahari mempunyai jangka hayatnya. Seorang fisikawan Jerman, Hermann von Helmholtz, pada tahun 1825 mengamati perkembangan matahari yang ternyata diameter matahari setiap tahunnya menyusut 85 m. Kalau pengamatan Helmholtz benar, maka berdasarkan perhitungan penyusutan diameter matahari, umur matahari hanya akan bertahan untuk waktu 20.000.000 sampai dengan 25.000.000 tahun sejak matahari mengalami penyusutan.

            Untuk kurun waktu itu, teori Helmholtz ini cukup memuaskan para ilmuwan, sebelum akhirnya digugurkan oleh teori reaksi thermonuklir yang masih bertahan sampai saat ini.Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 bilion tahun. Selepas itu ia akan terkubur. 8
Allah telah menyatakannya di dalam surah at-Taqwir ayat 1,

إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ

Maksudnya: "Dan matahari semasa ia digulungkan."

            Perkataan penting di sini ialah perkataan 'kuwwirat'. Sahabat Abdulullah bin Abbas mentafsirkannya sebagai 'zahabat' yang bermaksud 'pergi ' atau 'menghilang' manakala Imam Nasafi mentafsirkannya sebagai 'hilang cahayanya'. Ia menjelaskan apabila berlaku hari kiamat alam ini seolah-olah digulung. Ia juga menjelaskan matahari semasa berada di penghujung hayatnya akan kehilanagn cahayanya.


Badai Matahari

            Sebenarnya kestabilan matahari, seperti bintang-bintang yang lain, bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkan olehnya. Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam matahari. Selepas berbilion tahun berlalu, proses ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu ia menjadi tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam matahari menguncup dengan menghasilkan suhu yang tinggi. Selepas masa berlalu, suhu di bahagian luar matahari menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya. Keadaan ini selari dengan tafsiran Imam Nasafi berhubung perkataan kuwwirat dalam ayat Quran yang disebutkan. Akhirnya bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas yang berbentuk asap dan terus terpisah daripada bahagian dalamnya. Maka lahirlah planetary nebula. Dengan itu, tamatlah riwayat hidup matahari.


Soal jawab soalan lazim berserta dalil-dalil yang sahih

Pertanyaan:
Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya: “Apakah Matahari berputar mengelilingi bumi?”

Jawapan .
” Dhahirnya dalil-dalil syar’i menetapkan bahwa mataharilah yang berputar mengelilingi bumi dan dengan putarannya itulah menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di permukaan bumi, tidak ada hak bagi kita untuk melewati dhahirnya dalil-dalil ini kecuali dengan dalil yang lebih kuat dari hal itu yang memberi peluang bagi kita untuk menakwilkan dari dhahirnya.
Diantara dalil-dalil yang menunjukkan bahwa matahari berputar mengelilingi bumi sehingga terjadi pergantian siang dan malam adalah sebagai berikut.

[1].  Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang Ibrahim akan hujahnya terhadap yang membantahnya tentang Rabb.

فَإِنَّ اللّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ

“Maksudnya :  Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat. ”                         [Al Baqarah : 258]
Maka keadaan keadaan matahari yang didatangkan dari timur merupakan dalil yang dhahir bahawa matahari berputar mengelilingi bumi.

[2].  Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman juga tentang Ibrahim.

فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـذَا رَبِّي هَـذَا أَكْبَرُ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ

“Maksudnya :  Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata: ‘Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar’, maka tatkala matahari itu terbenam dia berkata : ‘Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.” [Al-An’am : 78]
Jika Allah menjadikan bumi yang mengelilingi matahari niscaya Allah berkata:  “Ketika bumi itu hilang darinya”.

[3]. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَاوَرُ عَن كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِّنْهُ

“Maksudnya : Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka berada disebelah kanan, dan bila matahari itu terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu ” [Al-Kahfi : 17]
Allah telah menjadikan yang condong dan menjauhi adalah matahari, itu adalah dalil bahawa gerakan itu adalah dari matahari, kalau gerakan itu dari bumi niscaya Dia berkata: “gua mereka condong darinya (matahari)”.
Begitu pula bahwa penyandaran terbit dan terbenam kepada matahari menunjukkan bahawa dialah yang berputar meskipun dilalahnya lebih sedikit dibandingkan dilalah firmanNya “(condong) dan menjauhi mereka)”.

[4]. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

“Maksudnya :  Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” [Al-Anbiya’ : 33]
Ibnu Abbas radhiallahu anhu berkata:  “Berputar dalam suatu garis peredaran seperti alat pemintal”. Penjelasan itu terkenal darinya.

[5]. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً

“Maksudnya :  Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat.” [Al-A’raf : 54]
Allah menjadikan malam mengejar siang, dan yang mengejar itu yang bergerak dan sudah maklum bahwa siang dan malam itu mengikuti matahari.


[6]. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ

“Maksudnya :  Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun.” [Az Zumar : 5]
FirmanNya:  “Menutupkan malam atau siang” Maksudnya memutarkan atasnya seperti tutup sorban menunjukkan bahawa berputar adalah dari malam dan siang atas bumi. Kalau saja bumi yang berputar atas keduanya (malam dan siang) niscaya Dia berkata: “Dia menutupkan bumi atas malam dan siang”.
Dan firman-Nya: “ matahari dan bulan, semuanya berjalan ”, menerangkan apa yang terdahulu menunjukkan bahwa matahari dan bulan keduanya berjalan dengan jalan yang sebenarnya (hissiyan makaniyan), Kerana menundukkan yang bergerak dengan gerakannya lebih jelas maknanya daripada menundukkan yang tetap diam tidak bergerak.

[7]. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا  وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا

“Maksudnya : Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan bulan apabila mengiringinya,”[Asy-Syam : 1-2]
Makna (mengiringinya) adalah datang setelahnya. Dan itu dalil yang menunjukkan atas berjalan dan berputarnya matahari dan bulan atas bumi.
Seandainya bumi yang berputar mengelilingi keduanya tidak akan bulan itu mengiringi matahari, akan tetapi kadang-kadang bumi mengelilingi matahari dan kadang-kadang matahari mengeliling bulan, karena matahari lebih tinggi daripada bulan.


[8]. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman

وَآيَةٌ لَّهُمْ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظْلِمُونَ   وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ   وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ  لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

“Maksudnya : Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dan malam itu, maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan, dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai tandan yang tua. Tidaklah mugkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.”  [Yaa-Siin : 37-40]

            Penyandaran kata berjalan kepada matahari dan Dia jadikan hal itu sebagai kadar/batas dari Dzat yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui menunjukkan bahawa itu adalah haqiqi (sebenarnya) dengan kadar yang sempurna, yang mengakibatkan terjadinya perbedaan siang malam dan batas-batas (waktu). Dan penetapan batas-batas edar bulan menunjukkan perpindahannya di garis edar tersebut.

            Kalau seandainya bumi yang berputar mengelilingi maka penetapan garis edar itu bukannya untuk bulan. Peniadaan bertemunya matahari dengan bulan dan malam mendahului siang menunjukkan pengertian gerakan muncul dari matahari, bulan malam dan siang.

[9]. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassallam berkata kepada Abu Dzar radhiallahu anhu dan matahari telah terbenam.
“Maksudnya : Apakah kamu tahu kemana matahari itu pergi ?”
Dia menjawab: “Allah dan RasulNya lebih tahu”.
Beliau bersabda: “Sesungguhnya dia pergi lalu bersujud di bawah arsy, kemudian minta izin lalu diizinkan baginya, namun hampir-hampir dia minta izin lalu tidak diizinkan. Kemudian dikatakan kepadanya: “Kembalilah dari arah kamu datang lalu dia terbit dari barat (tempat terbenamnya) atau sebagaimana dia bersabda [Muttafaq ‘alaih] [1] . PerkataanNya: “Kembalilah dari arah kamu datang, lalu dia terbit dari tempat terbenamnya” sangatlah jelas sekali bahwa dia (matahari) itulah yang berputar mengelilingi bumi dengan perputarannya itu terjadinya terbit dan terbenam. Hadith-hadith yang banyak tentang penyandaran terbit dan terbenam kepada matahari, maka itu jelas tentang terjadinya hal itu dari matahari tidak kepada bumi.”


Kesimpulan

Secara rumusnya,perjalanan bumi mengelilingi matahari membolehkan manusia menentukan takwim, iaitu hitungan hari, minggu, bulan, dan tahun. Hidupan di bumi mendapat manfaat daripada cahaya matahari.Ia juga membolehkan umat islam menentukan waktu solat. Selain itu,ia dapat mewujudkan berbagai-bagai musim dan cuaca yang membentuk kepelbagaian hidupan dalam alam ini.

Matahari ialah sebutir sebutir bebola gas yang memancarkan cahaya dan haba sama seperti bintang-bintang lain yang kita lihat pada waktu malam.Namun begitu,disebabkan matahari berada lebih hampir kepada bumi berbanding dengan bintang-bintang lain,maka hanya matahari bintang yang dapat kita lihat pada waktu siang.
Kejadian siang dan malam adalah disebabkan bumi yang berputar pada paksinya yang dipanggil paksi bumi.Apabila bumi berputar,sebahagian daripadanya terdedah kepada cahaya matahari sepanjang masa dan sebahagian lain terlindung daripada matahari menyebabkannya menjadi gelap.

Di setengah-setengah tempat yang mengalami empat musim,kita dapati waktu siang bagi musim sejuk dan panas adalah berbeza panjangnya disebabkan paksi bumi yang condong 23 ½ darjah,bukan tegap seperti gasing.

Dalil-dalil tentang kejadian matahari dan orbit seperti yang dinyatakan diatas adalah terbukti bahawa Allah S.W.T Maha Besar lagi Maha Berkuasa.Ia juga terbukti bahawa matahari dan orbit mempunyai pencipta iaitu Allah sebagai penciptanya.Ia bukannya terjadi dengan sendirinya.

Dengan melihat atau menyaksikan keindahan dan kesempurnaan berbagai-bagai kejadian alam ini,kita akan menginsafi tentang kekuasaan dan kebijaksanaan Allah S.W.T.


Rujukan
Internet
  http://teknikislam.blogspot.com/2013/10/salah-satu-pembuktian-kebenaran-al.html
http://iffah-muhsin.blogspot.com/2011/02/orbit-mengelilingi-galaksi.html


Buku
1) Tajuk : Matahari mengelilingi Bumi (Penulis - Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif Abu Yusuf , Penerbit - Pustaka Al Furqon 2006 )

2) Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (Penulis - Jabatan Pengajian Am Politeknik Kuala Terengganu )

3) Tajuk : Fokus SPM Pendidikan Islam (Penulis - Syed bin Muhamad Soleh, Hajah Maliha binti Haji Lauti), Penerbit - (Pelangi Sdn. Bhd.)


SEKIAN TERIMA KASIH!

5 comments:

  1. Hujah tuan menurut islam matahari dan bulan bergerak hingga terjadinya proses siang dan malam. Maknanya bumi ini diam maka sesuailah dgn dalil matahari ditundukkan untuk kita di bumi. tapi aneh pada rumusan tuan y mengatakan (Secara rumusnya,perjalanan bumi mengelilingi matahari membolehkan manusia menentukan takwim, iaitu hitungan hari, minggu, bulan, dan tahun). Jangan tuan percaya NASA bulat2 tuan. Mereka juga mengkaji kitab2 suci. Cuba tuan nyatakan dalil sahih y mana mengatakan bumi berputar dan beredar dalam orbit mengelilingi matahari?

    (Mohon tuan Research Flat Earth kerana sangat sesuai dengan ajaran islam dan logik akal wallahua'lam)

    ReplyDelete
  2. Hujah tuan menurut islam matahari dan bulan bergerak hingga terjadinya proses siang dan malam. Maknanya bumi ini diam maka sesuailah dgn dalil matahari ditundukkan untuk kita di bumi. tapi aneh pada rumusan tuan y mengatakan (Secara rumusnya,perjalanan bumi mengelilingi matahari membolehkan manusia menentukan takwim, iaitu hitungan hari, minggu, bulan, dan tahun). Jangan tuan percaya NASA bulat2 tuan. Mereka juga mengkaji kitab2 suci. Cuba tuan nyatakan dalil sahih y mana mengatakan bumi berputar dan beredar dalam orbit mengelilingi matahari?

    (Mohon tuan Research Flat Earth kerana sangat sesuai dengan ajaran islam dan logik akal wallahua'lam)

    ReplyDelete
  3. Secara rumusnya,perjalanan bumi mengelilingi matahari membolehkan manusia menentukan takwim, iaitu hitungan hari, minggu, bulan, dan tahun. Hidupan di bumi mendapat manfaat daripada cahaya matahari.Ia juga membolehkan umat islam menentukan waktu solat. Selain itu,ia dapat mewujudkan berbagai-bagai musim dan cuaca yang membentuk kepelbagaian hidupan dalam alam ini.

    ayat diatas nampak pelik sngat,dan bercanggah dengañ Alquran

    ReplyDelete
  4. Halo bang.. Saya batch 2018 PSMZA

    ReplyDelete
  5. Lucky Club Casino Site - Lucky Club Casino
    The Lucky Club Casino luckyclub.live site is a place where all you need to have is a good bookie with plenty of money to bet on. The company is licensed and

    ReplyDelete